Wednesday 7 August 2013

Syria: Bukan soal Sunni lawan Syiah

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Berhubung dengan isu Syria, sila baca kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkaitan dengannya.
Beliau adalah orang yang diamanahkan oleh gerakan Islam untuk menjadi mediator antara Gerakan Islam dan Kerajaan Iran pada peringkat awal.
Beliau bertemu dengan Ahmadenejad di Iran menyatakan pandangan gerakan Islam bagaimana untuk menyelesaikan isu Syria.
Pada peringkat awal, Iran dan gerakan Islam bersetuju supaya diberikan hak kepada rakyat Syria untuk memilih pemimpin melalui pilihanraya sebagaimana di Mesir dan Tunisia.
Basyar al-Asad juga setuju mempertimbangkannya pada peringkat awal.
Tetapi kemudian berlaku pemberontakan bersenjata yang dipercayai melibatkan kumpulan al-Qaedah yang ditaja oleh Putera Bandar sehingga meletus civil war. Apabila tercetus civil war maka rakyat awam menjadi mangsa.
PAS tegas menyatakan pendirian bersama-sama dengan rakyat Syria, penyelesaian isu ini ialah semua pihak sama ada Basyar al-Asad dan pemberontak perlu meletak senjata.
Kuasa-kuasa besar jangan campurtangan dalam isu Syria sama ada secara langsung atau melalui proksi seperti Arab Saudi, UAE dan Qatar.
Tidak dapat dinafikan bahawa keterlibatan kumpulan terrorist yang ditaja merumitkan lagi penyelesaian isu Syria, malah pada pandangan saya civil war di Syria ini sememangnya dibiarkan berpanjangan sehingga "yang menang jadi abu yang kalah jadi arang".
Saya cenderung untuk berpandangan merekalah yang terlibat membunuh Dr Sa`id Ramadhan al-Buti, modus operandinya hampir sama juga seperti pembunuhan Dr Abdullah Azzam.

Saya pernah terbaca makalah yang diterbitkan oleh Dr Kamal Halbawy bahawa Dr Abdullah Azzam dibunuh oleh kumpulan terrorist yang mirip al-Qaeda.
Siapa pula yang terlibat membunuh Dr Isham al-Rawi (Iraq) yang pernah disebut oleh penyelia PhD saya, Dr Mawil Izzi Dien, sebagai tokoh yang "Shinni" (Shi'i + Sunni), kerana usaha beliau untuk mendamaikan golongan Shi`ah dan Sunnah di Iraq menghadapi Imperialis US dan Israel.
Menurut abangnya Dr Kadhim al-Rawi, kemungkinan besar pembunuhan beliau dilakukan oleh kumpulan terrorist seperti al-Qaedah.
Oleh yang demikian, tidak semudah itu menyatakan isu Syria ini adalah peperangan antara Sunnah dan Shi`ah.
Isu Syiria ini tidak boleh dilihat sehala sahaja, kerana ia melibatkan juga HAMAS yang berpengkalan di Syiria sebelumnya dan lalu penghataran senjata kepada kumpulan Jihad Islam di Palestin dan Hizbullah.
Sila juga selidiki apa peranan Putera Bandar dalam menaja al-Qaeda dalam peristiwa 9/11 dan terkini peranan beliau yang dipercayai terlibat secara langsung merancang rampasan kuasa di Mesir dengan menaja kumpulan Tamarrud.
Malah hari ini ada sumber yang manyatakan beliau menaja pula kumpulan bersenjata di Mesir untuk dipalitkan dengan Ikhwan al-Muslimin.
Kemungkinan selepas ini satu lagi civil war akan tercetus di Mesir sehingga tiada kumpulan mana yang menang. Bila ini berlaku maka kuasa besar dan Israel akan mudah menguasai sepertimana yang berlaku di Afghanistan dan Iraq.

No comments:

Post a Comment