Thursday 12 September 2013

Bangunan Kementerian Luar Libya dibom

Bangunan Kementerian Luar Libya dibomSebahagian bangunan musnah akibat letupan di Benghazi.

BENGHAZI - LIBYA . Satu letupan menggegarkan sebuah kawasan berhampiran bangunan Kementerian Luar Libya di bandar timur Benghazi, semalam.

Media tempatan melaporkan, letupan itu mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan kementerian, termasuk ibu pejabat bank pusat tempatan.

Difahamkan, letupan itu dilakukan berikutan genap setahun serangan maut ke atas Konsulat Amerika Syarikat di Benghazi.

“Tiada laporan kematian atau kecederaan dilakukan, namun polis tidak menolak serangan itu dilakukan kumpulan pemberontak ketika era pemimpin diktator Muammar Gaddafi pada 2011,” memetik laporan Press TV.

Kebelakangan ini, gelombang serangan ganas kerap tercetus menyasarkan kakitangan tentera, hakim dan doktor.

No comments:

Post a Comment