Thursday 12 September 2013

Sekali lagi, tentera Assad telah menggugurkan bom gas beracun berhampiran balai polis daerah Jobar

Berita terkini | Damsyik | Jobar | September 12, 2013

Sekali lagi, tentera Assad telah menggugurkan bom gas beracun berhampiran balai polis daerah Jobar kira-kira sejam yang lalu, menyebabkan beberapa kecederaan. Bom tersebut mengandungi bahan klorin yang menyebabkan lemas, sawan dan berpeluh yang melampau. Penduduk takuti bahan kimia akan dibebaskan sekali lagi di kawasan itu, menyebabkan panik berikutan insiden yang terakhir serangan senjata kimia di kawasan itu oleh rejim Assad tiga minggu lalu. Pertembungan yang berterusan sedang berlaku antara Rejim Assad dengan Mujahideen FSA di kawasan itu di selatan berhampiran Bandar Zamalka, Daerah Jobar dan barisan hadapan Abbasiyeen. Tentera rejim juga telah membuat serangan di kawasan tersebut dengan meriam.

Ianya tidak mendatangkan apa-apa faedah apabila mereka tetap juga menyerang Syria menggunakan senjata kimia (Walaupun dalam jumlah kuatiti bahan kimia yang sedikit) demi mematuhi kepada dasar yang ditetapkan oleh penyelesaian yang kononnya “diplomatik” yang dicadangkan oleh Rusia dan disokong oleh Amerika Syarikat. Penyelesaian yang dicadangkan sebelum ini adalah memerlukan rejim Assad untuk ditarik balik gedung senjata kimia mereka, bagi mengelakkan serangan dilakukan ke atas Syria oleh Amerika Syarikat dan masyarakat Antarabangsa.

Link Asal : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=567928249921621&set=a.176433502404433.39432.175386715842445&type=1&ref=nf

No comments:

Post a Comment