Saturday 14 September 2013

Letupan bom di Iraq mengorbankan 30 nyawa


IRAQ 14 Sept. - Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan 24 lagi cedera selepas satu serangan bom mensasarkan jemaah yang baru selesai mengerjakan solat Jumaat di utara ibu negara Iraq.
Polis berkata, dua peranti bom meletup berhampiran masjid Al-Salam di tengah Baquba, 60 kilometer dari Baghdad, selepas pengikut mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah bersama-sama mengerjakan solat jumaat.
Rantau Baquba sebelum ini pernah dilanda beberapa serangan bom yang menyebabkan kematian, dengan pengikut Syiah dijadikan sebagai sasaran. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130914/lu_01/Letupan-bom-di-Iraq-mengorbankan-30-nyawa#ixzz2epl6lvGF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment