Saturday 14 September 2013

syria berdarah


Info terkini Syria 13/9/2013 :

Sekumpulan pejuang pro Islam telah berjaya menguasai peralatan perahan untuk mengekstratasi minyak selepas menawan kawasan lapangan minyak berdekatan dengan sempadan Iraq empat bulan yang lalu,kata pemimpin kanan kumpulan pejuang tersebut Ahl al-Athar memberitahu kepada pihak media Zaman Alwasl.

Jurutera teknikal yang bekerja di stesen minyak di Bo Kamal, Deir Ez Zour , telah memberi amaran agar tidak menyalahgunakan mesin ini, menegaskan bahawa nilai peralatan mencecah jutaan dolar selain tidak dimiliki oleh dalam mana-mana negara Arab atau negara-negara membangun, kecuali Nigeria dan Syria.

Peralatan termasuk beberapa pam besar, termasuk pam yang masih belum digunakan sebelum ini, yang mana peralatan tersebut baru sahaja dan masih belum digunakan. Sumber laporan juga menegaskan bahawa lapangan minyak ini yang mengandungi 5 buah pam minyak.

Kumpulan pejuanh tersebut telah melakukan yang terbaik untuk melindungi peralatan itu dari dirosakkan rejim zalim Syiah Assad, memandangkan ia sebagai khazanah negara yang sangat bernilai dimiliki oleh rakyat Syria, kata sumber itu.

Para pemimpin pasukan telah merayu kepada Ketua Turus Tentera Darat Pembebasan Syria dan Gabungan Negara untuk membekalkan mereka dengan senjata secukupnya bagi menjaga lapangan minyak tersebut dengan selamat.

Ketua Turus Pejuang Pemmbebasan Syria (FSA) harus mengambil kira faktor keselamatan dan membekalkan dengan senjata yang mencukupi.Kita tidak boleh membiarkan kekayaan negara tanpa dijaga dengan rapi dan perlu memanggil briged tempur untuk memikul tanggungjawab negara ke arah menjaga kepentingan dan sumber ekonomi rakyat Syria itu,'' katanya lagi.

P/s :Ahl al-Athar adalah kumpulan Salafi yang berfahaman sederhana mengawal kawasan berhampiran sempadan Iraq-Syria terdiri lebih kurang 1000 orang ahli yang memiliki cabang keahlian dibawah mereka.Semoga mereka berkhidmat untuk Islam dan membantu agama Allah menumbangkan rejim Syiah Assad.

http://www.zamanalwsl.net/en/readNews.php?id=1516

No comments:

Post a Comment