Thursday 5 September 2013

Mujahideen FSA telah menguasai kawasan yang besar di Qalamoun yang terletak di utara Kota Damsyik

BERITA HARI INI ( 5/ 9 / 2013 )

Mujahideen FSA telah menguasai kawasan yang besar di Qalamoun yang terletak di utara Kota Damsyik. Dengan mengambil peluang akan kekeliruan mafia -mafia Bashar Assad sebaik sahaja Amerika Syarikat membuat keputusan untuk menyerang Syria. 

Setelah terpaksa mengharungi beberapa pertempuran sengit, Mujahideen FSA berjaya menguasai medan pertempuran diantara Mujahideen FSA dengan kumpulan Brigade 20 (antara pasukan brigade rejim Assad yang terbesar) .

Kini mujahideen FSA telah berjaya menumpaskan 4 kumpulan batalion yang terdiri daripada Brigade 81. Brigade 81 juga merupakan anggota tambahan kepada kumpulan Brigade 20.

Sumber link : http://www.alarabiya.net/ar/arab-and-world/syria/2013/09/05/-الحر-يتقدم-في-القلمون-مستغلاً-ارتباك-قوات-النظام.html

No comments:

Post a Comment