Friday 16 August 2013

Operasi Menghancurkan Latakia #4



Pada bahagian ke 3 yang lepas ( http://on.fb.me/142mB26 ), ramai yang telah mengemukakan strategi masing-masing bagaimana untuk mara ke bandar Latakia.
Ramai yang menyatakan penguasaan laluan utama adalah diantara strategi utama. Tidak dapat dinafikan kesemua laluan utama, jumlah kawasan atau kampung-kampung yang perlu dibebaskan telah ada dalam perancangan mujahiddin di sana. Kekuatan atau kelemahan satu-satu wilayah telah ada pada pengetahuan mereka. Kesemuanya mereka telah miliki kecuali seorang pemimpin sahaja.

Untuk mara ke bandar Latakia, dari kawasan A ke kawasan C, mujahiddin di sana mengetahui betapa perlunya mereka menguasai kawasan B yang strategik. Kawasan B adalah kawasan yang berbukit bukau. Bentuk muka bumi di Latakia ( kawasan B ) mirip seperti keadaan mukabumi di Chechnya. Untuk itu mereka memerlukan panglima perang yang mahir dalam peperangan gunung. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang boleh membantu dan memimpin mereka dalan selok belok peperangan di gunung. Siapakah lagi yang lebih layak memimpin barisan mujahiddin di Syria jika bukan mujahiddin Chechen? Mereka lebih berpengalaman. Mereka mempunyai puluhan tahun pengalaman berperang dengan Komunis Russia.

Untuk itu, strategi pertama pemimpin-pemimpin mujahiddin di Syria ialah melantik Abu al Walid sebagai salah seorang Komander dalam Operasi Menghancurkan Latakia. Abu al Walid dikatakan sebagai seorang pejuang gunung yang terhebat. The best mountain fighters.

Strategi berikutnya nantikan pada episod berikutnya. 

No comments:

Post a Comment