Wednesday 18 September 2013

PBB siasat 14 kes serangan senjata kimia di Syria


GENEVA 17 Sept. - Penyiasat hak asasi manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa terdapat 14 serangan senjata kimia di Syria, namun masih gagal untuk mencari pihak yang perlu dipersalahkan.
"Kami menyiasat 14 kes yang dikatakan menggunakan senjata kimia," kata ketua suruhanjaya siasatan bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Paulo Sergio Pinheiro.
Pinheiro berkata, jika tidak kerana terdapat kesukaran dalam mengumpulkan bahan bukti, tidak mustahil pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan tersebut dapat dicari. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130917/lu_01/PBB-siasat-14-kes-serangan-senjata-kimia-di-Syria#ixzz2fCiR1hL3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment