Sunday 8 September 2013

Russia ikrar terus bantu Syria


St Petersburg: Presiden Vladimir Putin berkata Russia akan terus membantu Syria walaupun jika ia diserang.

Bercakap dalam taklimat selepas Sidang Kemuncak G-20, Putin membuat penegasan bahawa Russia akan terus menyediakan bantuan kepada Damsyik. “Russia memang membekalkan senjata kepada Syria sejak sekian lama dan akan terus mengekalkan kerjasama ekonomi dengan negara itu,” katanya. Pada masa sama Putin berkata Russia bercadang meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Syria selepas negara itu mengalami konflik sejak dua tahun lalu. Sebelum ini Russia berkata Moscow tidak bercadang terbabit dalam konflik berkenaan. - AP

No comments:

Post a Comment