Saturday 12 October 2013

67 dibunuh penentang


Beirut: Kumpulan penentang rejim Bashar didakwa membunuh kira-kira 67 orang awam dan menawan 200 yang lain dari perkampungan masyarakat Alawi di Syria, Ogos lalu.

Suku kaum Alawi ialah masyarakat Syiah yang menjadi susur galur keturunan Presiden Bashar al-Assad. Menurut pertubuhan pemerhati hak asasi manusia, data itu diperoleh berdasarkan laporan 105 halaman hasil daripada siasatan dan 35 wawancara, termasuk bersama mangsa yang terselamat dalam serangan 4 Ogos lalu di 10 perkampungan suku kaum Alawi yang prokerajaan di wilayah tepi pantai Latakia. Daripada 190 orang awam yang terbunuh, kumpulan berpangkalan di New York itu berkata, sekurang-kurangnya 67 ditembak mati. Kira-kira 20 kumpulan mengambil bahagian dalam serangan itu sebelum tentera kerajaan mengusir mereka dari perkampungan terbabit pada 18 Ogos. “Dua kumpulan penentang yang mengambil bahagian dalam serangan itu ialah Pertubuhan Negara Islam Iraq dan Sham (Levant) serta Jaish al-Muhajireen Wal-Ansar yang masih menahan tebusan, kebanyakan wanita dan kanak-kanak,” menurut kenyataan itu. - AFP

No comments:

Post a Comment