Friday 4 October 2013

Misi hapus senjata kimia bermula


4 Oktober 2013

DAMSYIK - SYRIA. Kumpulan mewakili Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) tiba di Syria buat kali pertama selepas deklarasi penggunaan senjata kimia di negara itu dicapai ketika Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

Seramai sembilan daripada 19 pemeriksa itu dilaporkan, menuju ke destinasi yang tidak diketahui.

PBB dalam satu kenyataan memaklumkan, kumpulan pemeriksa OPCW itu ditugaskan untuk pergi ke lokasi penyimpanan bahan kimia dan membantu untuk memusnahkan kemudahan pengeluaran senjata kimia tersebut.

"Mereka diberi tempoh sembilan bulan untuk melaksanakan misi tersebut dan perlu selesai menjelang pertengahan tahun depan," menurut kenyataan itu.

Sementara itu menurut laporan Al-Jazeera, Majlis Keselamatan PBB menggesa semua pihak terlibat dalam konflik berterusan di Syria untuk membenarkan konvoi yang membawa bantuan kemanusiaan merentasi sempadan.

Gesaan itu dibuat selepas kumpulan aktivis mendakwa bantuan lambat sampai kepada jutaan penduduk berikutan hanya 12 kumpulan bantuan antarabangsa dibenarkan memasuki negara tersebut.

No comments:

Post a Comment