Sunday 13 October 2013

Penentang Syria didakwa bunuh penduduk awam


DAMSYIK 12 Okt. - Kumpulan penentang Syria, semalam dituduh melakukan jenayah perang ekoran pembunuhan 190 penduduk awam daripada etnik Alawiyah.
Menurut laporan yang disediakan oleh Human Rights Watch (HRW), pembunuhan beramai-ramai itu bermula pada 4 Ogos lalu di sebuah perkampungan di wilayah Latakia yang merupakan kubu kuat etnik Alawiyah.
Laporan setebal 105 muka surat itu menyebut sekurang-kurangnya 20 kumpulan bersenjata terlibat dalam pembunuhan tersebut.
Etnik Alawiyah sering menjadi sasaran kumpulan penentang kerana menyokong pentadbiran Presiden Bashar al-Assad.
Antara kumpulan penentang tersebut termasuklah Ashrar al-Sham, Negara Islam Iraq, Barisan Hadapan Al-Nusra dan Suqur al-Ezz.
Selain melakukan pembunuhan, kumpulan-kumpulan penentang itu merosakkan harta benda awam termasuk kediaman penduduk. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131012/lu_13/Penentang-Syria-didakwa-bunuh-penduduk-awam#ixzz2hYyVXwSf
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment