Sunday 13 October 2013

Serangan mortar dekat hotel di Damsyik



BEBERAPA orang menyaksikan sebuah kereta yang musnah akibat serangan mortar di dataran Al-Nijmah, Damsyik semalam.


DAMSYIK - Dua serangan mortar berlaku dekat sebuah hotel yang menjadi tempat penginapan kumpulan pemeriksa senjata kimia dan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.
Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terbunuh dan 11 lagi cedera dalam kejadian yang berlaku di kawasan Abu Roumaneh, Damsyik.
Letupan tersebut berlaku kira-kira 300 meter dari Hotel Four Seasons yang menjadi tempat tinggal kumpulan yang memeriksa senjata kimia milik rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad selain kakitangan PBB.
Hotel tersebut masih dibuka selepas kejadian itu.
Kumpulan penentang Bashar kerap melancarkan serangan mortar dari pinggir Damsyik ke kawasan yang dikuasai tentera Bashar.
Pada minggu lalu, serangan yang sama telah menyebabkan lapan orang terbunuh.
Para pemeriksa senjata kimia dari Organisasi Larangan Senjata Kimia dan sejumlah kakitangan PBB berada di Syria sejak dua minggu lalu.
Kumpulan tersebut berada di negara ini untuk memusnahkan senjata kimia milik rejim Bashar.
Syria dilanda peperangan saudara sejak Mac 2011 apabila sebahagian penduduk bangkit menentang kepimpinan Bashar yang dianggap korup dan gagal membawa pembaharuan dalam demokrasi.
Lebih 100,000 orang dilaporkan terbunuh dalam peperangan yang berlanjutan sehingga kini. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1013&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2hYJ1EgQW 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment