Tuesday 12 November 2013

KAMI LAPAR..... TOLONGGGGG....................



Berikut adalah laporan dari Dr. Omar Al Hakim, dari pusat perubatan Moadamiyeh, Damascus, Syria.

“Bandar ini sangat teruk dimusnahkan regim bashar assad sejak dari permulaan revolusi. Hampir 10 bulan Mujahideen FSA menangkis serangan daripada tentera assad yang berulang kali menyerang bandar ini. 

Mereka mengenakan kepungan, kesihatan orang disini merosot, dimana kita mengalami kehabisan bekalan makanan. Penduduk hanya makan tumbuh-tumbuhan sahaja. Bandar ini adalah benar-benar kosong dari makanan. Terdapat kira-kira 12,000 orang awam yang terperangkap sejak 10 bulan lalu, tepung kehabisan 7 bulan lalu, roti kering kehabisan 5 bulan lalu, dan kini semua bahan makanan telah habis.

Selain kehilangan keseluruhan bahan-bahan perubatan, rawatan kecederaan terpaksa menggunakan alat primitif dan ubat-ubatan antibiotik hanya diberikan kepada pesakit yang benar-benar dalam keadaan yang tersangat memerlukan. Bandar ini dalam krisis kemanusiaan yang besar.”

Sabda Rasulullah S.A.W;

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang saudaranya sesama Islam, mereka bukan termasuk dalam kalangan kami.”
 — 

No comments:

Post a Comment