
Jurucakap SNC, Adib Shishakly dalam satu kenyataan berkata kepada Reuters, kumpulan pembangkang akan menyertai rundingan itu sekiranya Rusia dan Amerika Syarikat bersetuju dengan pra syarat yang diminta.
“Kumpulan pembangkang menuntut jaminan agensi bantuan dibenarkan mengakses ke kawasan dikepung , pembebasan tahanan politik dan persidangan harus mencapai resolusi peralihan politik iaitu penggulingan Presiden Bashar al-Assad,” katanya.
Menurutnya, persetujuan dicapai selepas mengadakan perbincangan dua hari dengan kumpulan pembangkang terbabit.
“Persetujuan ini juga dicapai bagi mengelakkan ramai menjadi korban perang saudara yang kini berlanjutan lebih 30 bulan di negara itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment