Monday 25 November 2013

Kenderaan menteri Syria diserang, pemandu terbunuh



DAMSYIK 24 Nov. - Kereta Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar diserang lelaki bersenjata yang mengakibatkan pemandunya terbunuh, semalam namun beliau terselamat selepas tidak berada di dalam kenderaan tersebut.
"Menteri Hal Ehwal Perdamaian Nasional Syria, Ali Haidar terselamat daripada cubaan bunuh dalam kejadian di jalan Masyaf-Qadmus manakala pemandunya terbunuh,’’ lapor stesen televisyen negara ini.
Tambah laporan itu, Haidar tidak berada di dalam kenderaan semasa kejadian itu. Masyaf berada di wilayah tengah Hama manakala Qadmus berada di wilayah Tartus. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131124/lu_02/Kenderaan-menteri-Syria-diserang-pemandu-terbunuh#ixzz2le6rkE3y
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment