Tuesday 31 December 2013

15 pelarian mati akibat kebuluran


Beirut: Sekurang-kurangnya 15 pelarian Palestin mati kebuluran sejak September lalu di sebuah kem pelarian yang terkepung di Damsyik, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin, semalam.

“Kami menerima laporan hujung minggu lalu bahawa sekurang-kurangnya lima pelarian Palestin di kem Yarmuk, Damsyik, mati akibat kekurangan gizi, “Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dilaporkan sebanyak 15,” kata jurucakap Agensi Bantuan dan Pekerjaan PBB (UNRWA) Chris Gunness.


Katanya, keadaan semakin teruk di kem itu yang menempatkan kira-kira 20,000 warga Palestin dan tiada bekalan makanan serta perubatan mencukupi.



“Sejak September lalu kami tidak dapat memasuki kawasan itu sedangkan mereka amat memerlukan bantuan dan bekalan.


“Kumpulan bersenjata yang sentiasa berada di situ sejak penghujung 2012 selain penutupannya oleh rejim Syria menghalang usaha kami menghulurkan semua bentuk bantuan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/31

No comments:

Post a Comment