Tuesday 31 December 2013

Serangan 24 jam sehari

Serangan 24 jam sehariPuluhan bangunan musnah selepas terkena bedilan bom barrel di Al Jafra.

DAMSYIK - SYRIA. Lebih 20 orang Tentera Pembebasan Syria (FSA) termasuk orang awam dan kanak-kanak terbunuh di timur negara itu semalam dalam perebutan untuk mengawal pangkalan tentera udara di daerah Deir Ezzor.

Ketua pemerhati Hak Asasi Manusia Syira berpangkalan di Britain Rami Abdel Rahman melaporkan, pertempuran itu berlarutan 24 jam sejak tiga hari lalu.
“Pertempuran tercetus antara FSA dan tentera rejim yang disokong Tentera Pertahanan Kebangsaan. Difahamkan, FSA menguasai sebahagian kampung Al-Jafra yang merupakan kampung halaman Presiden Bashar al-Assad, terletak beberapa ratus meter dari lapangan terbang itu,” katanya dipetik dari AFP.

No comments:

Post a Comment