Sunday 8 December 2013

Bekalan senjata Syria dimusnahkan


8 Disember 2013

THE HAGUE - BELANDA. Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW), kelmarin mengesahkan kesemua bekalan senjata milik Syria yang belum diisi bahan kimia telah dilupuskan.

Jurucakap agensi tersebut memaklumkan beberapa bangunan di pusat kemudahan pengeluaran senjata tersebut yang terletak berhampiran bandar Homs turut dimusnahkan.

Difahamkan, wakil OPCW menetapkan sasaran untuk melupuskan kesemua bekalan senjata berbahaya itu di laut pada akhir bulan ini dan memusnahkan seluruh program menjelang pertengahan tahun depan.

No comments:

Post a Comment