Sunday 8 December 2013

syria

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua yang bergelar hamba Allah.

Alhamdulillah, tahun 2013 kini sudah kian sampai ke penghujungnya dan rata-rata sedang sibuk menyiapkan anak-anak untuk kembali ke sekolah malah ada yang sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Malah ada yang sedang merencanakan percutian bersama mereka yang tersayang.

Alhamdulillah. Tetapi, sambil bergembira janganlah kita lupa pada mereka yang tidak senasib dengan kita khususnya umat Islam di Syria, dan di mana sahaja mereka berada yang saat ini yang sedang dihimpit kesusahan.

Terdapat saudara kita di Syria yang tiada tempat berteduh, ditambah lagi dengan musim sejuk yang telah tiba. Allahu Rabbi, sangggupkah kita dihimpit kesejukan sehingga ke tulang tanpa tempat berteduh atau baju tebal? Bagi mereka yang sedikit beruntung, berkemungkinan mereka berlindung di sebalik khemah. Tetapi, masih mereka tidak dapat lari daripada ditenggelami air saat hujan turun tanpa henti. Kem Zatari, kem Ghuth, kem Ain Hawa, kem Rihaniah, kem Ummah dan lain-lain.

Jika kita tidak dapat membantu dengan wang ringgit, sumbangan keperluan asas atau lain-lain, cukuplah dengan doa ikhlas yang berterusan pada mereka. Yakinilah, doa itu ibarat perisai dan senjata bagi kaum mukmin.

Jazakumullahu khairan kathira

No comments:

Post a Comment