Monday 16 December 2013

Senjata kimia Syria lupus


16 Disember 2013


COPENHAGEN - DENMARK. Kapal ditugaskan membawa bekalan senjata kimia Syria untuk dimusnahkan sudah berlabuh di Cyprus, kelmarin bagi melaksanakan proses pelupusan peringkat pertama.

Komander pasukan khas, Laksamana Pertama Torben Mikkelsen memaklumkan, Denmark dan Norway merancang menggunakan dua kapal kargo bagi membawa keluar bekalan senjata kimia itu dari pelabuhan bandar Latakia.

"Kami sentiasa bersedia menjayakan pelan pemusnahan senjata terbabit memandangkan ia perlu dilupuskan sebelum akhir bulan ini," katanya.  

Menurut Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW), sebanyak 1,290 tan bahan kimia dan toksik perlu dimusnahkan mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama kerajaan Syria dipetik AFP.

Dalam satu kenyataan lain, Menteri Luar Perancis Laurent Fabius menegaskan, penangguhan rundingan damai bagi tempoh lama sebenarnya merumitkan lagi usaha menamatkan krisis di negara terbabit.

Selain itu, beliau turut menzahirkan keraguan terhadap prospek rundingan Geneva 2 yang dijadualkan 22 Januari di Switzerland.

No comments:

Post a Comment