Tuesday 24 December 2013

Syria mula pindah senjata kimia keluar dari negaranya




GAMBAR yang dirakamkan pada 29 Disember lalu menunjukkan seorang askar Norway berdiri dalam kapal yang membawa senjata kimia milik Syria.


DAMSYIK - Kerajaan Syria mula memindahkan bahan-bahan senjata kimia keluar dari negara ini dalam program pelucutan senjata yang disokong badan antarabangsa yang sebelum ini tertangguh akibat peperangan dan masalah teknikal.
Organisasi Pengharaman Senjata Kimia kelmarin memberitahu, bahan kimia senjata itu telah dipindahkan ke sebuah kapal di pelabuhan Latakia, Syria dan kini sedang belayar menuju ke perairan antarabangsa.
Kerajaan Syria bersetuju memindahkan senjata kimia miliknya menjelang Jun depan berdasarkan perjanjian yang dicadangkan Rusia dan dipersetujui oleh Amerika Syarikat.
Perjanjian itu dimeterai selepas serangan gas sarin di barat negara ini yang didakwa dilakukan tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad.
Bagaimanapun, beberapa faktor peperangan, cuaca buruk dan masalah teknikal menyebabkan tarikh akhir pemindahan itu iaitu pada 31 Disember lalu gagal dipatuhi. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0109&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2pqsgQnFG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment