Friday 20 December 2013

Tujuh budak parah di Damsyik

Tujuh budak parah di Damsyik
20 Disember 2013

Seorang kanak-kanak menerima rawatan selepas terkena serpihan bom di pinggir Damsyik. 

DAMSYIK - Lebih 20 orang awam termasuk kanak-kanak cedera selepas diserang oleh kumpulan pengganas di pintu pagar pejabat pihak berkuasa Beit Sahm, pinggir Damsyik, semalam.

Polis tempatan melaporkan, kumpulan pengganas terbabit melepaskan tembakan ke arah mangsa yang juga wanita dan kanak-kanak.

“Seramai 22 orang awam cedera termasuk enam kanak-kanak berusia antara 5 dan 12 tahun, manakala seorang kanak-kanak meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Sementara itu, satu lagi serangan berlaku apabila sebutir bom meletup di jalan Al- Kisweh -al- Herjalleh.

Polis wilayah berkata, serangan berlaku apabila kumpulan penyerang didakwa meletakan bahan letupan berhampiran sebuah tong sampah di hadapan bengkel kereta di jalan terbabit.

“Letupan itu mengakibatkan enam orang awam parah termasuk seorang kanak-kanak dan tiga wanita,” katanya kepada Sana.

No comments:

Post a Comment