Gencatan senjata sempena Ramadan
Sebuah keluarga Syria menjalani ibadah puasa di kem pelarian susulan tercetusnya konflik berdarah.
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon merayu kepada pasukan ketenteraan Syria dan pemberontak meletakkan senjata selama sebulan bagi menghormati bulan Ramadan, semalam..

"Demi rakyat Syria, saya ingin meminta kepada semua pihak untuk menghormati kewajipan agama ini untuk sekurang-kurangnya satu bulan.

"Setiap unit ketenteraan dan askar pembebasan Syria, tolong letakkan senjata anda, hentikan pertempuran selain menyambut keamanan yang dibawa oleh bulan ini," katanya dipetik Al-Jazeera.

Pergolakan berdarah membabitkan pertempuran antara tentera kerajaan dan pemberontak tercetus apabila kerajaan Assad digulingkan.

Ki-moon turut menggesa pembebasan tahanan yang dilakukan tentera kerajaan dan gerakan pembangkang.  -