Rusia serah bukti serangan kimia di Syria
Bukti menunjukkan FSA menggunakan senjata kimia di Khan al-Assal, Mac lalu diserahkan Rusia kepada PBB. Foto: AP
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Rusia menyerahkan bukti kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menunjukkan Tentera Pembebasan Syria (FSA) menggunakan gas sarin, Mac lalu.

Dipetik AFP, duta Rusia ke PBB, Vitaly Churkin berkata, bukti diperoleh dari lokasi serangan di Khan al-Assal, Aleppo.

"Analisis menunjukkan FSA melancarkan peluru berpandu Bashair 3 mengandungi gas sarin di kawasan terbabit, 19 Mac lalu dan mengorbankan 26 orang termasuk 16 askar," katanya.

Churkin mendakwa, Rusia mempunyai maklumat peluru berpandu itu dihasilkan kumpulan Bashair al-Nasr yang bergabung dengan FSA.

Sementara itu, jurucakap PBB, Martin Nesirky memaklumkan, laporan itu itu akan dikaji kerana bukti diberikan negara Barat tidak boleh dianggap sebagai bukti muktamad.