Thursday 11 July 2013

Mesir kuatkuasa peraturan visa kepada rakyat Syria

BEIRUT 10 Julai - Rakyat Syria yang berkunjung ke Mesir perlu memohon visa ekoran konflik politik yang berterusan di negara berkenaan, umum wakil kerajaan sementara di Kaherah semalam.
Sumber konsulat Mesir di Beirut melaporkan, mana-mana rakyat Syria yang mahu berkunjung ke negara berkenaan perlu memohon visa di Kedutaan Mesir.
"Keputusan sama ada visa diluluskan atau tidak akan diberitahu dalam tempoh 10 hingga 15 hari selepas permohonan dibuat," jelas sumber tersebut.
Bagaimanapun, perubahan terbabit tidak dapat dipastikan akan dikuatkuasakan buat sementara atau kekal.
Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyebut, hampir 90,000 pelarian Syria yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi untuk Pelarian di Mesir.
Namun jumlah pelarian Syria di Mesir dipercayai lebih tinggi disebabkan rakyat negara tersebut tidak perlu memohon visa sebelum ini. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130710/lu_10/Mesir-kuatkuasa-peraturan-visa-kepada-rakyat-Syria#ixzz2Ymotse9R
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment