Saturday 25 January 2014

Assad tetap berdegil

Assad tetap berdegil25 Januari 2014
Sebahagian daripada kekejaman rejim Assad yang membiarkan tahanan mati kebuluran.

GENEVA - Presiden Syria, Bashar al-Assad dikritik hebat susulan gagal menghentikan perang saudara di negara itu yang kini berlanjutan lebih tiga tahun.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry berkata kepada Press TV, presiden itu wajar digelar ‘magnet tunggal untuk pengganas’.

“Assad sungguh degil. Beliau enggan menerima peralihan politik di mana beliau perlu meninggalkan kuasa,” katanya.

Menurutnya, sepanjang mesyuarat Geneva II di Switzerland,  sebanyak 40 negara dan organisasi lain berbincang mengenai kerajaan peralihan dan keperluan untuk mempunyai perubahan di Syria, namun delegasi Syria hanya berdiam diri.

“Syria berulang kali menyatakan tiada cara untuk membolehkan pembangkang atau mana-mana kerajaan untuk menyokongnya.

"Beliau tidak boleh terlalu angkuh. Perkara ini melibatkan bukan seorang atau satu keluarga tetapi ia berkaitan jutaan rakyat di negara itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment