Saturday 25 January 2014

KISAH BENAR DARI GHOUTAH



Kereta yang membawa bekalan makanan buat Mujahideen (Front Line) dari Liwa Abu Mussa Al Asha'ry yang berjuang menentang rejim Assad baru sahaja tiba. Mujahideen keluar kegembiraan hendak menjamah makanan setelah sekian lama mereka berperang sambil menahan lapar. Makanan ini kelihatan seperti nasi tetapi hakikatnya harganya adalah lebih murah dari itu. Sedang mereka bersiap sedia mahu menjamah makanan, tiba-tiba kelihatan ramai wanita yang datang mengerumuni kereta bersama-sama pinggan kosong ditangan mereka. Setiap seorang dari mereka memikirkan untuk mengambil akan bahagian masing-masing daripada bekalan makanan tersebut. Melihat akan situasi tersebut, pemandu dan Amir lantas turun untuk mencari penyelesaian.. Jelas kelihatan disekeliling mereka wajah-wajah wanita-wanita yang kelaparan. Manakala dibelakang mereka , terdapat sekumpulan Mujahideen yang benar-benar memerlukan makanan bagi meneruskan perjuangan , mempertahankan tanah air mereka yang kaya dengan sejarah Islam dan mempertahankan saudara-saudara Islam mereka disana. Bahkan senjata-senjata mereka juga masih panas menandakan mereka baru sahaja lepas bertempur.

Lantas pemandu bertanya kepada Amir, 
"Apakah yang perlu kita lakukan? Jika kita berikan makanan ini kepada wanita, Mujahideen kita akan mati kelaparan dan tidak boleh berperang. Dan jika kita berikan makanan ini kepada Mujahideen, wanita-wanita ini akan mati kelaparan."

Ketua mereka pun menjawab,
" Jika aku makan makanan ini dan biarkan wanita-wanita ini mati kelaparan, maka sebahagian dari perjuanganku adalah sia-sia kerana salah satu matlamat adalah untuk melindungi mereka yang lemah. Dan aku tidak akan mampu tidur dengan tenang jika perkara seperti ini terjadi".

Maka, mereka pun membuka pintu kereta dan memberikan makanan-makanan tersebut kepada wanita-wanita yang datang bersama pinggan-pinggan kosong ditangan mereka. 

"Kita akan makan apa yang wanita-wanita ini tinggalkan untuk kita".

Dan inilah yang terjadi. Gambar ini menunjukkan lebihan makanan yang ditinggalkan oleh wanita-wanita tersebuat buat Mujahideen .

Wahai saudara dan saudariku yang dikasihi sekalian.. Bukalah hati anda... janganlah kita menyangka dengan memberi derma itu akan membuatkan kita rugi.. Marilah sama-sama kita membantu menyuap makanan buat mereka.. Mereka benar-benar memerlukan kita.

Surah Al- Baqarah : Ayat 261

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.


Kami mempunyai tabung khas untuk Syria:
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Akaun Maybank: 562106630487
PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl

Alamat: (SYRIA CARE OFFICE):
No.38B, jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan —

No comments:

Post a Comment