Sunday 5 January 2014

Komander tertinggi al-Qaeda mati dalam penjara


Majid al-Majid

4 Januari 2014

Majid al-Majid telah dinamakan sebagai pemimpin Abdullah Azzam Briged 'pada tahun 2012

BEIRUT – LUBNAN. Seorang pemimpin kumpulan al-Qaeda yang dikaitan dengan serangan di Timur Tengah sehingga tercetus perang saudara Syria dilaporkan telah meninggal dunia sewaktu dalam tahanan di Lubnan, hari ini.
Memetik laporan Associate Press, perkara itu disahkan seorang jeneral tentera Lubnan yang enggan mendedahkan identitinya.

Menurutnya, Majid al-Majid meninggal dunia selepas mengalami kegagalan buah pinggang. Al-Majid merupakan seorang warganegara Arab ditahan di Lubnan akhir bulan lalu dan ditempatkan di sebuah lokasi rahsia.

Beliau merupakan komander Briged Abdullah Azzam dan menjadi salah seorang daripada 85 individu yang paling dikehendaki pihak berkuasa negara asalnya, Arab Saudi.

Sementara itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) menetapkan akan membekukan aset dan dipegang AS bagi mana-mana kumpulan atau organisasi yang diistihar sebagai pengganas pada 2012.

AS turut mengharamkan rakyatnya menjalankan perniagaan dengan kumpulan berkenaan.

No comments:

Post a Comment