Wednesday 5 February 2014

BANTUAN UBAT-UBATAN

RE-POST : BANTUAN UBAT-UBATAN

Tiada daya anak remaja yang baru hendak belajar mengenal dunia ini.. Syahid Ahmad Omar AlMakawi nama diberi. Dia hanya berusia 12 tahun semasa menjadi syahid akibat serbuan daripada pesawat perang ke atas bandar Ghoutah dan menyebabkan dia mengalami kegagalan buah pinggang. Situasi pengepungan di sana menyebabkan kesukaran bagi mangsa-mangsa disana untuk keluar mendapatkan segala jenis bentuk bantuan. Ya Allah.. selamatkan lah saudara-saudara kami di sana Ya Allah... Ya Allah... kasihanilah mereka Ya Allah.. Sesunguhnya Engkaulah Maha Melihat lagi Maha Mengasihani.

-------------------------------------------

Kepada saudara-saudara Islam kami

Pihak Syria Care baru sahaja menerima panggilan kecemasan dari hospital kita di Syria. Hospital kita di Syria sangat memerlukan ubat-ubatan seperti yang tertera di gambar dalam masa yang terdekat. Jumlah keseluruhan bagi harga ubat-ubatan yang diperlukan adalah USD 3,000.

Setakat ini sumbangan untuk projek ini hanya berjumlah RM900 dan kami memerlukan sumbangan daripada saudara/saudari sekalian untuk membantu menjayakan projek ini.

Anda boleh menghantar terus ke pejabat kami di Turki:

No.16 Esenler Caddesi,
34035 Bayrampasa, Istanbul, Turkey.

41.034169, 28.896193
Syeikh Mujahid Abu Khair.
+90 538 088 7896

Atau hubungi pejabat kami di Malaysia untuk mengaturkan pembelian:

No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Akaun Maybank: 562106630487
PayPal: AlEhsidek@gmail.com
Bank swift Code : mbbemykl
Saudari Deena: +601114296808

Sila sebarkan.

P/S : Kepada saudara serta saudari yang ingin menderma, boleh terus hantarkan bantuan perubatan tersebut secara langsung ke pejabat di Turki.

ATAU

Pejabat Syria Care di Malaysia hanya akan membantu dalam proses mengaturkan pembelian. Sila maklumkan kepada kami dengan mengemukakan bankin slip untuk kami maklumkan dan salurkan kewangan kepada pihak di Turki. Ubat-ubatan akan dibeli dari Turki.

Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=TNH7mO0qh74&feature=youtu.be

No comments:

Post a Comment