Friday 21 February 2014

Letupan bom kereta di sempadan Syria-Turki

#syrianeedsyou



Sempadan ini merupakan salah satu drpd 2 pintu sempadan yg biasa digunakan oleh tim Malaysia Life Line for Syria dan juga badan kemanusiaan yg lain utk keluar masuk Syria menghantar bantuan. 

Ianya juga merupakan antara jalan yg selamat utk rakyat Syria keluar ke Turki utk mendapatkan perlindungan setelah rumah mereka musnah.

Di sempadan ini juga terdapat khemah-khemah pelarian Syria.

Kami menganggap sesiapa sahaja yg cuba utk 'mengacau' dan menggugat keselamatan di pintu sempadan ini sebagai mereka yg tidak berakal. Kerana sempadan ini merupakan talian hayat kepada rakyat Syria.

Terkini, kerajaan Turki terpaksa menutup sementara pintu sempadan ini dan tidak tahu sehingga bila ia akan ditutup. 

Tiada makanan yg akan masuk, tiada jalan utk rakyat Syria mendapatkan perlindungan. Ya Allah. Tindakan kalian tidak ubah seperti rejim yg zalim!

Laporan berita:
http://www.hurriyetdailynews.com/five-killed-at-blast-in-syrian-refugee-camp-near-turkey-monitor.aspx?pageID=238&nID=62744&NewsCatID=352

Video: : http://youtu.be/S6hawqdYbRA

Hasbunallah wa nikmal wakiil.

No comments:

Post a Comment