Saturday 22 February 2014

Lebanon tangkap tokoh penting Briged Abdullah Azzam


BEIRUT 22 Feb. - Pihak berkuasa keselamatan di Lebanon berjaya menangkap seorang ahli kumpulan militan Sunni yang disyaki melatih pengebom berani mati dan memasang bom kereta untuk sebuah kumpulan militan radikal di sini, semalam, kata beberapa sumber keselamatan.
Sumber itu berkata lagi, kumpulan radikal terbabit bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ke atas aset yang mempunyai kepentingan dengan negara Iran di Beirut.
Katanya, Hassan Abu Afleh ditahan di Beirut pada hari Sabtu lalu selepas dia disyaki menjadi tokoh penting di dalam Briged Abdullah Azzam.
Briged Abdullah Azzam merupakan kumpulan yang mendakwa bertanggungjawab melakukan dua serangan berani mati berdekatan pusat kebudayaan Iran yang mengorbankan lapan orang awam. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140222/lu_03/Lebanon-tangkap-tokoh-penting-Briged-Abdullah-Azzam#ixzz2tzqzZ3ka
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment