Sunday 25 May 2014

" Satu roh telah meninggalkan aku dan menuju ke neraka".

Syeikh Dr. Mohd Hassan, semoga Allah merahmati beliau.

Aku sedang berdebat dengan seorang pemuda yang fanatik dan aku bertanya dengan beliau: Adakah mengebom sebuah kelab malam di sebuah negara yang majoritinya menganut agama Islam merupakan sesuatu yang Halal atau Haram?

Pemuda itu menjawab: Sudah tentu Halal,membunuh mereka adalah (Jae'z)!

Aku bertanya dengan pemuda itu lagi: Tapi jika engkau membunuh mereka ketika mereka melanggar perintah-NYA,di mana engkau rasa mereka akan ditempatkan?

Pemuda itu menjawab: Sudah tentu di neraka jahanam!

Aku bertanya dengan dia lagi: Maka sudah tentu engkau dan Syaitan mempunyai matlamat yang sama,kedua-dua kamu mahu menghantar hamba-hamba-NYA ke neraka.

Adakah kalian ingat sebuah hadis Rasul Allah s.a.w, apabila Baginda melihat jenazah seorang Yahudi yang melalui depan Baginda?. Nabi kita mula menangis,sahaba Baginda bertanya, "Mengapa Engkau menangis? Bukankah jenazah itu seorang Yahudi? Baginda menjawab, " Satu roh telah meninggalkan aku dan menuju ke neraka".

Dapatkah kalian lihat perbezaan antara cara pemikiran kalian dengan cara pemikiran Nabi Muhammad S.A.W? Baginda ingin menyelamatkan roh-roh ini dari neraka,bukannya menghantar mereka ke sana!.
Kalian tidak memahami apa itu Islam yang sebenarnya, jadi jangan menghalakan senjata-senjata kamu atas nama Islam.

No comments:

Post a Comment