Sunday 25 May 2014

syria berdarah

Kami mahu mengucapkan "terima kasih" kepada para pentaksub yang meluangkan masa mereka untuk menulis komen-komen penuh kemarahan, kata-kata kesat, dan juga ancaman bunuh di inbox kami. Ini hanya menunjukkan latar belakang 'mazhab' yang mereka taksubkan.


NGO SyriaCare tidak mereka-reka cerita, kami hanya menterjemahkannya ke dalam bahasa Malaysia, supaya rakyat Malaysia, Indonesia dan Brunei tahu akan apa yang sebenarnya berlaku di Syria, iaitu berita-berita yang selalunya tidak didapati di media tempatan. Disinilah kami memenuhi ruang yang ada dengan membawa berita yang disokong dengan gambar-gambar, video dan wawancara dengan beberapa Ulama' Islam.

Jadi jika kadang-kadang berita yang datang itu tidak enak di telinga kamu, silalah membenci orang yang melakukan perkara tersebut, bukannya kami, iaitu kumpulan penterjemah.

Mesej kami kepada pentaksub ISIS, jika kamu rasa page ini 'Fitnah' dan Ulama'-ulama' Muslimin adalah jahil dan Encik Baghdadi adalah 'Amirul Mukminin', maka silalah Unlike page ini, dan datang ke pejabat kami dan bomlah pejabat kami (dengan gaya Baghdadi) jika ini mazhab kamu. Kami tidak gentar dengan Assad dan Syiah, dan kami juga tidak gentar dengan keyboard warriors.

Kepada Muslimin yang lain yang kekal menyokong rakyat Syria di saat-saat kegusaran dan kesusahan mereka, tidak kira bangsa, warna atau pemikiran politik, kami akan terus melakukan apa yang kami sedang lakukan Inshallah, sehinggalah pentaksub ISIS mengebom kami .

Ingatilah kami dalam doa kalian, dan berdoalah supaya umat Islam diberi hidayah.
 

No comments:

Post a Comment