Thursday 15 May 2014

syria berdarah

Seorang lagi mangsa kezaliman militan ISIS yang diseksa dan kemudian disembelih atas sebab yang sangat remeh tanpa bukti yang betul. Salahnya ialah beliau pernah anggotai FSA.. 
Ceritanya begini.. 
Pemuda ini namanya Yosouf dan beliau adalah seorang mujahidin dari FSA, telah ditangkap oleh ISIS dan diseksa selama 25 hari agar mengaku bahawa beliau telah merogol seorang wanita berumur 60 tahun danmencuri duitnya berjumlah 3 ribu lirah.. Wanita tua itu terus melawat keluarga mangsa selepas kejadian pembunuhan pemuda itu dan meminta maaf atas apa yang berlaku kepada mangsa, dia sangat menyesal selepas melihat tubuh pemuda itu disalib sebegini rupa dan beliau menceritakan kepada keluarga mangsa apa yang berlaku sebenarnya.. Beliau memang mengadu kepada ISIS dan menuduh pemuda itu kononnya mencuri duitnya, tetapi kemudian beliau menarik balik dakwaannya itu. Tetapi ISIS enggan menggugurkan dakwaan itu dengan alasan pemuda itu mengaku atas kesalahannya dan mengaku bahawa dia merogol wanita tua itu.
Hakikatnya pemuda itu tidak mencuri atau menyentuh tubuh wanita tua itu, tetapi beliau berkerja sekali bersama anak wanita itu dan anak wanita itu pernah meminjam 3 ribu lirah kemudian mangsa terpaksa menuntut wangnya dari rakanya.. Sekiranya wanita tua itu sedar kekejaman ISIS maka dia tidak akan tergamak tuduh pemuda itu.
Nama Mangsa: Yosouf Muhamad Muhamad
Lahir tahun 1998
Pekerjaan: anggota tentera pembebasan Syria.
Cara bunuh mangsa yang dilakukan oleh ISIS:
Seksa mangsa menggunakan pelbagai cara yang kejam sama seperti cara askar Al Assad ..Kemudian disembelih menggunakan pisau potong daging yang halus... Mereka tetak leher mangsa dari belakang dan biarkan darahnya menghalir sampai mati !!
Kemudian salib mamgsa atas pokok di medan awam...

Itukah tuntutan dan ajaran Islam kita wahai ISIS???!!!

No comments:

Post a Comment