Saturday 28 June 2014

AS bantu penentang Syria


WASHINGTON 27 Jun - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan bantuan sebanyak AS$500 juta (RM1.6 bilion) untuk digunakan melatih dan membeli kelengkapan perang kepada kumpulan penentang kerajaan Syria dalam usaha menggulingkan Presiden, Bashar al-Assad.
Bagaimanapun, White House dalam kenyataannya hari ini berkata, Washington akan menilai kumpulan penentang terlebih dahulu bagi mengelak bantuan senjata yang disalurkan tidak jatuh ke tangan musuh AS.
Jelas kenyataan tersebut, dana bantuan terbabit akan digunakan untuk mempertahankan rakyat Syria, memulihkan kestabilan kawasan yang dikuasai kumpulan penentang, menyediakan kemudahan asas dan menangani ancaman musuh.
Permintaan Obama untuk mendapatkan bantuan itu dibuat pada akhir bulan lalu selepas beliau berjanji akan meningkatkan sokongan kepada kumpulan yang menentang kerajaan pimpinan Assad. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140628/lu_11/AS-bantu-penentang-Syria#ixzz35t4MG3Fq
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment