Wednesday 25 June 2014

Ini adalah satu-satunya pintu keluar untuk "Dair El Zur"

Ini adalah satu-satunya pintu keluar untuk "Dair El Zur" (Jambatan politik), ia dikawal oleh ISIS dengan adanya penembak tepat di atas jambatan menembak apa sahaja yang bergerak, termasuk petugas perubatan, pada masa yang sama pesawat Al Assad melancarkan serangan udara atas bandar untuk menghukum orang Sunni dan menjadikan kehidupan mereka lebih sukar.
Mohamad Sulaiman dari Der El Zur berkata: "Semalam kami cuba untuk membawa keluar seorang pemuda untuk mendapatkan rawatan di Turki kerana kakinya cedera, tetapi anggota ISIS tidak membenarkan kami keluar, mereka berkata haram keluar walaupun untuk rawatan, kini kami terpaksa memotong kaki beliau, ini adalah hanya salah satu kes kecil yang menggambarkan keadaan yang meruncing di Der El Zur...

No comments:

Post a Comment