Saturday 23 August 2014

191,369 korban di Syria


Geneva: Sekurang-kurangnya 191,369 orang terbunuh dalam pertelingkahan bersenjata di Syria, lebih separuh daripada jumlah dicatatkan setahun lalu dan mungkin masih rendah berbanding jumlah sebenar.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam disediakan berdasarkan data daripada empat kumpulan dan pihak berkuasa Syria.



Ia menggambarkan keadaan sebenar pembunuhan dan penderaan ketika perang saudara itu tidak lagi menjadi tumpuan antarabangsa, kata Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia, Navi Pillay.

“Dengan laporan terbaru mengenai kematian pada peringkat awal, ditambah pula dengan pembunuhan baru yang berlaku, jumlah itu lebih sekali ganda daripada yang dicatatkan setahun lalu,” kata Pillay dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 51,593 pembunuhan yang dilaporkan tidak mempunyai maklumat mencukupi dan dikeluarkan daripada laporan itu.

Dia juga berkata, sejumlah besar kematian mungkin tidak dilaporkan kelima-lima sumber itu.

- AP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/23

No comments:

Post a Comment