Tuesday 2 September 2014

Syria: 75 tentera pengaman Filipina lepas kepungan pemberontak


 
MANILA: Semua 75 askar Filipina yang berkhidmat sebagai tentera pengaman PBB di Bukit Golan, selamat selepas kumpulan terakhir melepaskan diri dalam kegelapan malam daripada kepungan pemberontak Syria, menurut jurucakap tentera.

Pasukan itu adalah sebahagian daripada tentera pengaman PBB yang ditempatkan di Bukit Golan sejak 1974 bagi memantau gencatan senjata antara Israel dan Syria.

"Semua anggota berada dalam keadaan selamat. kami meninggalkan kedudukan kami tetapi membawa semua senjata kami," kata Leftenan Kolonel Ramon Zagala.

Menurut tentera Filipina, kumpulan pertama 35 tentera Filipina diambil dari kedudukan mereka oleh askar pengaman dari Ireland dengan kereta perisai semalam selepas pemberontak Syria menyerang kedudukan rakan mereka kira-kira 5km dari situ.



Baki 40 askar Filipina bertempur tujuh jam dengan pemberontak Syria yang cuba merempuh pagar kem dengan kenderaan pacuan empat roda yang membawa senjata anti-pesawat.

Puak pemberontak itu termasuk kumpulan Al-Qaeda Syria, Al-Nusra Front yang turut menawan 44 tentera pengaman Fiji. - AFP

No comments:

Post a Comment