Monday 27 October 2014

Serangan udara di Homs ragut 25 nyawa


Beirut: Serangan udara Syria terhadap dua kawasan dikuasai pejuang antikerajaan di Homs menyebabkan sekurang-kurangnya 25 orang awam maut, termasuk 11 kanak-kanak.

Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, 16 orang daripada sebuah keluarga adalah antara mangsa yang terbunuh dalam serangan di bandar Talbisseh lewat kelmarin.

Menurut pertubuhan berpangkalan di Britain itu, 10 kanak-kanak dan tiga wanita antara korban serangan berkenaan.

Di daerah Waer di pinggir Homs serangan udara Damsyik menyebabkan tujuh maut, termasuk seorang bayi.

Homs pernah digelar “ibu negeri revolusi” dalam kalangan pejuang yang cuba menjatuhkan Presiden Bashar al-Assad.

Kerajaan menawan semula seluruh kawasan itu Mei lalu dan pemberontak berundur melalui perjanjian diusahakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:05 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4327#sthash.0OwJ73l7.dpuf

No comments:

Post a Comment