Monday 27 October 2014

Tentera Lebanon perangi kumpulan Sunnah




ASAP kelihatan dari sebuah bangunan ketika tentera bertempur dengan pejuang Islam di bandar Tripoli, utara Lebanon kelmarin.


BEIRUT – Tentera Lebanon bertempur dengan kumpulan Islam bersenjata di utara negara itu untuk hari ketiga berturut-turut semalam merupakan antara pertempuran yang terburuk sejak musim panas tahun ini.
Pasukan keselamatan melakukan beberapa serbuan di bandar Tripoli, utara Lebanon dan dekat bandar Bahneen serta merampas berpuluh-puluh bahan letupan selain tiga bom kereta yang bersedia untuk diletupkan, kata sumber keselamatan.
“Seramai enam askar, dua orang awam dan sekurang-kurangnya sembilan militan terbunuh sejak pertempuran tercetus pada Jumaat lalu,” kata sumber tersebut.
Beberapa sumber lain memberitahu, pejuang bersenjata yang terlibat dalam pertempuran itu merupakan militan Lebanon dan Syria yang bersimpati dengan kumpulan Negara Islam (IS) dan sayap Al-Qaeda, Barisan Al-Nusra.
Pertempuran semalam di Tripoli tertumpu di Bandar Lama yang menjadi kubu kuat militan tersebut dan kejiranan puak Sunnah di Bab al-Tabbaneh.
Agensi Berita Nasional Lebanon melaporkan, tentera negara itu menawan bandar Al-Minya di utara negara itu di mana serangan militan meragut nyawa seorang pegawai tempatan.
Tripoli sudah lama menjadi kubu kuat pejuang Sunnah yang menuduh tentera Lebanon bersekongkol dengan pergerakan Syiah, Hezbollah yang menghantar pejuang untuk membantu Presiden Syria, Bashar Al-Assad memerangi pemberontak Sunnah. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3HHvzFCax 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment