Wednesday 8 July 2015

Tentera Iraq cuba kuasai Fallujah

Tentera Iraq cuba kuasai Fallujah

7 Julai 2015
BAGHDAD - IRAQ. Pejuang Syiah Iraq dan pasukan keselamatan mara ke utara Fallujah kelmarin, namun usaha mereka untuk mengusir kumpulan militan IS dari bandar itu mendapat tentangan hebat termasuk serangan pengebom berani mati.
Difahamkan, kerajaan Perdana Menteri Haider al-Abadi, kini sedang cuba untuk menawan semula wilayah barat Anbar selepas kumpulan itu merampas bandar Ramadi Mei lalu.
Menurut Reuters, serangan dilancarkan itu diketuai pejuang dari Kata’ib Hezbollah, iaitu sebahagian daripada pejuang Syiah Hashd Shaabi, menentang IS.
Jurucakap kumpulan terbabit, Jaafar Hussaini berkata, kumpulannya berjaya memotong talian bekalan ke wilayah dikuasai IS di utara bandar.
"Kemaraan hari ini (kelmarin) adalah satu pencapaian penting untuk mengusir pengganas di bandar berkenaan. Kejayaan ini juga akan menentukan bagaimana dan bila operasi pembebasan Fallujah bermula," katanya. 

No comments:

Post a Comment