Menurut beliau, mereka juga akan diberi kad pengenalan khas yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan mirip kad pengenalan pekerja asing.
“Kita sokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Dalam Negeri akan membantu dari memudahkan cara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Peningkatan Fahaman Radikal dan Keganasan Melampau (SAMMRRVE) di sini hari ini.
Semalam, Najib ketika berucap pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York memberitahu, Malaysia bersetuju untuk menerima 3,000 orang pelarian perang dari Syria secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang. - UTUSAN ONLINE