Agensi berita Al Jazeera mela­porkan, Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria mendakwa, sejak melancarkan serangan kelmarin lalu, jet pejuang Rusia telah me­ngorbankan seramai 28 orang awam.
Serangan terbaharu berlaku pada 8.30 malam semalam waktu tempatan di wilayah Idlib, menyebabkan tiga orang awam termasuk seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, selain daripada mencederakan 12 yang lain.
“Serangan itu sangat besar sehingga menyebabkan rumah dua tingkat musnah sekelip mata,” kata seorang aktivis Hadi al-Abdullah kepada Al Jazeera.
Bagaimanapun, Presiden Rusia, Vladimir Putin pula menolak dakwaan bahawa orang awam terbunuh dalam serangan Russia dan menyifatkan laporan itu sebagai ‘peperangan maklumat’.
Sejak kelmarin, Rusia telah melancarkan 18 serangan bermula di bandar Homs yang kemudian diperluaskan ke Hama dan Idlib, semalam.