Saturday 17 October 2015

Rejim Syria mula serang Aleppo

Agensi
Beirut: Tentera Syria yang disertai ratusan militan Hizbullah dari Lubnan dan Syiah dari Iran mula melancarkan serangan terhadap kumpulan penentang di selatan Aleppo, bandar kedua terbesar negara itu.

Ia serangan keempat yang dilancarkan rejim Presiden Bashar al-Assad sejak Moscow mula melancarkan kempen serangan udara untuk mengukuhkan kedudukan pemimpin Syria itu pada 30 September lalu.


Sejak pertengahan 2012, penguasaan bandar raya Aleppo terbahagi kepada dua, antara rejim Bashar yang menguasai bahagian barat dan penentang di timur.

“Operasi ketenteraan besar-besaran bermula hari ini (semalam) di selatan wilayah Aleppo dengan penyertaan sekutu dan sahabat kami,” kata satu sumber tentera Syria.

Dia kemudian menjelaskan, sekutu merujuk kepada sokongan Russia, sementara rakan kepada militan Iran dan Hizubullah.

Pada masa sama, tentera Syria mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada penduduk Aleppo dengan berkata, operasi untuk membebaskan mereka daripada kumpulan ‘pengganas’ sudah bermula.

Ia memberi amaran, penduduk yang bekerjasama dengan penentang akan menjadi sasaran tentera.

“Mereka yang mengibarkan bendera putih tidak akan ditembak. Mereka yang bekerjasama dengan askar kami sepanjang operasi ini akan selamat,” menurut kenyataan itu.

Kumpulan pemerhati hak asasi Syria berkata, setakat ini tentera yang setia kepada Bashar itu menguasai dua kampung dalam kemaraan mereka dan pesawat Russia masih mengebom dua lagi.

Serangan terhadap Aleppo dilancarkan sehari selepas tentera rejim memulakan operasi di utara Homs.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 6:54 AM

ANGSA melintas di depan bangunan yang musnah akibat serangan pesawat pengebom Russia di Aleppo, Syria.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/85803#sthash.pKR6qpUH.dpuf

No comments:

Post a Comment