Tetapi perbezaan pendapat berhubung masa depan Syria menjejaskan usaha membawa Rusia ke dalam pakatan memerangi kumpulan militan itu.
“Serangan ke atas IS akan dipertingkatkan dan akan diselaraskan,” kata Hollande pada sidang media selepas pertemuan selama 90 minit di Kremlin.
Persetujuan bagi menumpukan sasaran IS adalah kemajuan paling konkrit dalam usaha Hollande menyusun pakatan lebih luas bagi menghancurkan IS selepas serangan di Paris pada 13 November lalu.
Namun, pemimpin Perancis itu gagal mendapatkan persetujuan Putin bagi membantu pakatan yang diketuai AS dalam serangan udara terhadap IS di Syria. - AFP