Sunday 17 January 2016

Bandar Jerman larang pendatang lelaki masuk kolam renang

BERLIN: Sebuah bandar di barat Jerman melarang pendatang lelaki memasuki kolam renang awam selepas menerima aduan beberapa pengunjung wanita dan petugas.
Ia adalah petunjuk terbaharu ketegangan sosial berkaitan ketibaan 1.1 juta pendatang tahun lalu di Jerman, diikuti dengan serangan seksual ke atas beberapa wanita oleh pendatang lelaki ketika sambutan tahun baharu di Cologne.
Timbalan Datuk Bandar Bornheim, bandar yang mempunyai 48,000 penduduk terletak 30 kilometer ke selatan Cologne, berkata keputusan sukar itu diambil untuk memberi mesej jelas kepada pendatang supaya tidak melanggar sempadan dengan mencabuli budaya Jerman.
"Ada beberapa aduan mengenai gangguan seksual di kolam renang oleh sekumpulan lelaki dan ia memaksa pengunjung wanita meninggalkan premis itu.
"Keadaan ini memaksa saya membuat keputusan melarang pendatang lelaki dewasa memasuki kolam renang sehingga diberitahu," kata Markus Schnapka. - Agensi
Kolam renang awam. - Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment