Monday 1 February 2016

‘Hilang’ di Eropah


Pelarian kanak-kanak jadi hamba seksual, mangsa pemerdagangan
01 Februari 2016 12:54 AM
Embedded image permalink



Puluhan ribu pelarian kanak-kanak termasuk dari Syria hilang sejurus tiba di Eropah seorang diri. Dalam satu pendedahan mengejutkan, Europol menyatakan pihaknya mempunyai bukti kanak-kanak tersebut dipaksa menjadi hamba seks dan mangsa pemerdagangan manusia. AGENSI

LONDON 31 Jan. - Lebih 10,000 pelarian kanak-kanak termasuk dari Syria, dilaporkan ‘hilang’ dan menjadi hamba seksual serta mangsa sindiket pemerdagangan manusia sejurus tiba di Eropah.
Pengarah Jabatan Polis Eropah (Europol), Brian Donald berkata, pihaknya memiliki bukti kanak-kanak terbabit menjadi sasaran sindiket jenayah terancang ber­kenaan.
Pendedahan itu dibuat badan kebajikan Save The Children yang mendapati, sebanyak 26,000 kanak-kanak dipaksa ke Eropah seorang diri pada tahun lalu.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5,000 kanak-kanak dilapor hilang di Itali, manakala lebih 1,000 lagi di Sweden.
“Bukan semua daripada kanak-kanak itu menjadi mangsa kes jenayah. Mungkin sebahagian daripadanya diserahkan pihak berkuasa kepada keluarga masing-masing,” kata Donald dalam wawancara bersama akhbar harian Britain, The Observer, semalam.
Donald berkata, bilangan pela­rian kanak-kanak yang hilang mungkin lebih tinggi berbanding yang direkod pihaknya.
Lebih mengejutkan katanya, kanak-kanak pelarian menjadi hamba seksual dan mangsa pemerdagangan di kawasan bandar, bukannya hutan.
The Observer melaporkan, pegawai di Trelleborg, selatan Sweden mendedahkan, sebanyak 1,000 pelarian kanak-kanak yang bersendirian hilang sejurus tiba di bandar berkenaan.
Satu laporan berasingan juga di Sweden menyatakan, tiada maklumat diterima berhubung kehilangan tersebut, mencetuskan kebimbangan mereka mungkin menjadi sasaran sindiket pemerdagangan manusia.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/8216-hilang-8217-di-eropah-1.185566#sthash.6UuYrhtM.dpuf

No comments:

Post a Comment