Friday 12 February 2016

Kuasa dunia `bersatu’ tangani krisis Syria

12 Februari 2016 10:21 AM
Syria

MUNICH 12 Feb. – Kuasa-kuasa dunia akhirnya “bersatu” untuk menamatkan konflik di Syria apabila mengenepikan sentimen permusuhan dan mahu mempercepatkan proses penghantaran bantuan kemanusiaan secara meluas. Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry berkata, perbincangan yang melibatkan lebih 12 buah negara termasuk Rusia, mencapai persetujuan bahawa rundingan damai Syria perlu disambung semula di Geneva secepat mungkin.
Kerry yang diiringi Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov dan wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Staffan de Mistura, menjelaskan bahawa pertemuan di Munich hanya mencapai persetujuan di atas kertas sahaja.
Beliau dan Lavrov bersetuju bahawa ujian sebenar akan melibatkan kesemua pihak yang terlibat dalam konflik di Syria untuk menunjukkan komitmen masing-masing bagi menamatkan persengketaan. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kuasa-dunia-bersatu-8217-tangani-krisis-syria-1.189487#sthash.PcLHfWhh.dpuf

No comments:

Post a Comment