Friday 12 February 2016

Menteri 17 negara setuju gencatan senjata di Syria

DUNIA JUMAAT, 12 FEBRUARI 2016 @ 9:50 AM




MUNICH: Rundingan membincangkan krisis berkaitan Syria di Munich Jerman, hari ini bersetuju mengadakan gencatan senjata dalam tempoh seminggu ke atas negara bergolak itu, sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan segera disalurkan.

 Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry, berkata 17 negara yang menghadiri mesyuarat itu bersetuju "untuk melaksanakan gencatan senjata seluruh Syria bagi menghentikan pertempuran yang disasarkan dalam tempoh seminggu.

Kumpulan Sokongan Antarabangsa Syria juga bersetuju "untuk mempercepat dan meluaskan penghantaran bantuan kemanusiaan dengan serta merta.

"Penghantaran berterusan akan bermula pada minggu ini, pertama ke kawasan yang paling memerlukan...dan diikuti orang yang memerlukan di seluruh negara itu terutama kawasan dikepung dan sukar sampai," kata Kerry.

 Serangan hebat ke atas kubu kuat Aleppo oleh tentera kerajaan Syria yang disokong pesawat pengebom Russia dan pejuang Iran, menjadi penghalang untuk mengadakan rundingan damai bulan ini dan memaksa 50,000 orang menjadi pelarian.

 Bedilan berterusan menyebabkan pemberontak terkepung dan pemerhati berkata 500 orang terbunuh sejak ia bermula pada 1 Februari, iaitu perkembangan buruk terbaharu dalam peperangan yang sudah meragut lebih 260,000 nyawa. Kerry berkata, rundingan di antara pemberontak dan rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad akan disambung secepat mungkin tetapi memberi amaran bahawa "apa yang kami ada di sini ialah perkataan di atas kertas."

"Apa yang perlu lihat dalam beberapa hari akan datang ialah tindakan di tempat pertempuran," katanya. Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier bersetuju bahawa "sama ada ini benar-benar satu kejayaan kita akan lihat dalam beberapa hari lagi."

 "Apabila seluruh dunia melihat sama ada persetujuan hari ini akan dikotakan dan dilaksanakan oleh rejim Assad dan pemberontak Syria, Hezbollah dan militan penentang serta Russia," katanya. - AFP

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry (kanan) berucap pada sidang media selepas mesyuarat membincangkan krisis berkaitan Syria di Munich, Jerman hari ini. Turut sama Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto EPA  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/123632

No comments:

Post a Comment